ISU YANG MEMBABITKAN PLAGIAT
Satu perjanjian yang
membabitkan Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) menjanjikan satu penyelesaian
utama untuk menyelesaikan masalah pelanggaran hakcipta yang meluas atau lanun
Internet merentasi sempadan, kata seorang peguam terkenal berpangkalan di UK yang
banyak mengendalikan kes mengenai lanun Internet.
Oliver Weingarten, yang merupakan
peguamcara Liga Perdana Inggeris (EPL), berkata perbuatan menciplak acara sukan
atau pelanggaran hakcipta industri lain, kebanyakannya industri wayang gambar
dan muzik di Internet, kini menghantui ramai pemilik
hakcipta sejak banyak tahun kebelakangan ini.
Pemilik hakcipta itu, bersama-sama dengan rakan penyiar
masing-masing tidak dapat mengawal bila dan bagaimana kandungan milik mereka
dipertontonkan dan khususnya, mengenai pendapatan dan bayaran lain yang boleh
diperolehi bersama-sama dengan lesen dan keeksklusifan penyiaran perlawanan
sukan atau video dan audio muzik.
Sebagai contoh, kandungan berkenaan dipertontonkan melalui video
online kepada penonton global melalui laman web yang sangat popular,
"YouTube", menggunakan enjin carian yang digunakan dengan meluas
seperti, Google.
Dengan marah, para pemilik hakcipta merasakan perkara ini telah
berlaku terlalu lama apabila orang lain mendapat untung hasil kerja
mengeluarkan kandungan berkenaan.
Sambil merasakan apa
yang berlaku sudah cukup keterlaluan, ada pihak yang telah membawa perkara itu
ke mahkamah dan sesetengahnya kepada pertumbuhan antarabangsa seperti
Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO).
Weingarten memberi contoh bagaimana Liga Perdana Inggeris membawa
kesnya ke mahkamah.
Pada 2007, ia mengambil inisiatif undang-undang terhadap Google
di sebuah mahkamah New York, dengan dakwaan "eksploitasi haram klip Liga
Perdana di laman wen YouTube" yang kini merupakan tapak kandungan yang dijana
pengguna terbesar di dunia.
"Klip perlawanan kami digunakan di dalam enjin carian itu
dan masih digunakan pada YouTube dan ini mewujudkan banyak masalah. malah ada
klip digunakan sebelum kami dapat pertontonkannya, yang dengan jelasnya tidak
boleh diterima, kata Weingarten kepada Bernama di dalam satu temubual baru-baru
ini.
Pada November tahun lepas, Liga Perdana mengemukakan satu
aduan yang dipinda berkaitan kes itu, dengan memberikan bukti baru pelanggaran
hak cipta perlawanannya bagi menyokong kesnya menentang Google, termasuk bukti
pengambilan kandungan dan dimasukkan semula ke tapak Youtube.
Weingarten berkata, bagi tempoh dua tahun lepas, EPL telah
meminta dikeluarkan lebih daripada 16,000 klip haram perlawanan bolasepak
mereka di laman web.
Bagaimana pun, beliau menekankan bahawa sambil industri rakaman
kemungkinan di masa lepas menyasarkan pengguna akhir di dalam tindakan mereka
terhadap perbuatan memuat turun haram muzik atau wayang gambar, EPL kini hanya
menyasarkan pembekal dan bukan pengguna akhir.
Mengenai sama ada EPL berhadapan kegagalan berkaitan
Internet dan teknologi yang kian berkembang yang diguna pakai oleh pengguna,
Weingartern berkata: "Laman web cuba "bermain di sekitar kami"
dan secara komersil mengeksploit dan mendapat keuntungan dari perlawanan milik
kami tanpa kebenaran. Ini merupakan u serangan terhadap keupayaan kami untuk
menguruskan kandungan program kami sendiri.
"Tetapi, kami menyediakan pelbagai sumber bagi
menangani masalah itu dengan bekerjasama dengan industri kreatif, di dalam
mendidik pengguna dan mengambil tindakan undang-undang serta bekerjasama dengan
institusi seperti WIPO. Kami memerlukan kerjasama yang lebih meluas dari ISP
yang sepatutnya mengiktiraf prinsip harta intelek.
Tidak seperti industri muzik, katanya pertubuhan sukan
mempunyai lebih banyak tanggung jawab.
"Secara tradisinya, kami mendapati perbuatan lanun
sukan tidak mendapat perhatian ahli politik di segi pencurian dan pelanunan
hakcipta tetapi semakin ramai menyedari mengenai masalah yang dihadapi."
Katanya satu laporan mengenai perbuatan lanun Internet
membabitkan 27 pertubuhan sukan di seluruh dunia telah dikemukakan.