APPLE SAMAN SAMSUNG !
Persaingan antara Apple dan
Samsung tidak terhad kepada persaingan di pasaran telefon pintar sahaja
malah turut berlaku di Mahkamah dan ‘episod’ terbaru adalah, Samsung telah
diarahkan membayar sebanyak $290 juta ( sekitar RM 936 juta) kepada
Apple kerana melanggar hak cipta syarikat Cupertino itu.
Seperti yang kita sedia maklum,
sebelum ini satu makhamah telah membuat keputusan bahawa Samsung telah didapati
bersalah melanggar hak cipta Apple dan hakim tersebut mengarahkan Samsung
membayar ganti rugi sebanyak $ 1 bilion yang kemudianya di kurangkan ke $599
juta. Kini, satu lagi hakim telah membuat keputusan bahawa Samsung telah sekali
lagi mencabuli hak cipta Apple dan mengarahkan syarikat Korea ini
membayar ganti rugi sebanyak $290 juta atau secara tepatnya $290,456,793.
Selain itu, bagi kes ini, Apple
telah memfailkan saman sebanyak $380 juta namun mahkamah tidak bersetuju dan
memutuskan $290 juta sebagai jumlah saman yang tepat. Jika digabungkan dengan
jumlah ganti rugi awal iaitu $599 juta, Samsung perlu membayar gantirugi
sebanyak $890 juta kepada Apple.
Walaubagaimanapun, Samsung
pasti akan membuat rayuan untuk mengurangkan lagi jumlah ganti rugi yang perlu
dibayar balik.
No comments:
Post a Comment