FAREEDA KENA SAMAN 1 JUTA
Pengusaha sebuah butik pakaian wanita
di Bangi, dekat sini, memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Tinggi di sini,
semalam, menuntut ganti rugi RM1 juta daripada seorang lagi pemilik butik
kerana mendakwa perniagaannya difitnah defendan.
Nor Ainna Ibrahim dan suaminya, Azman
Salleh, yang mengusahakan Butik Mama di Bandar Baru Bangi, melalui Syarikat
Mama Secret Industry milik mereka, memfailkan tuntutan itu terhadap pemilik
sebuah lagi butik, Faridah Zakaria, yang juga beroperasi di Bandar Baru Bangi
kerana defendan dikatakan menuduh dan memfitnah plaintif menerusi laman sosial,
Facebook, dengan mendakwanya menjual produk tudung ditiru daripada defendan.Tuntutan itu difailkan melalui firma guaman, Tetuan Adnan
Sharida & Associates pada jam 11 pagi semalam.
Mengikut
notis berkenaan, defendan membuat satu halaman peminat di Facebook bertujuan
memasarkan produk keluarannya.
Pada 9 Ogos 2011, plaintif menerima e-mel daripada defendan dan menuduhnya menjual produk tudung ditiru daripada defendan dan meminta plaintif menghentikan penjualan produk itu.
Plaintif pada hari sama membalas e-mel itu dan mengatakan produk didakwa itu bukan ditiru kerana kedua-duanya berbeza.
Plaintif mendakwa, defendan secara tidak benar dan berniat jahat memaparkan status membabitkan plaintif yang tidak benar dan berunsur fitnah dalam halaman peminat defendan.
Terkilan dengan tindakan defendan, plaintif menghantar emel kepada defendan, memintanya memadam semula dan menghentikan usaha menyebarkan fitnah berkenaan tetapi tidak mendapat maklum balas.
Plaintif
juga mendakwa menerima laporan dan aduan peniaga produk Butik Mama yang
memaklumkan mereka diugut defendan menggunakan pelbagai medium termasuk e-mel,
SMS dan di halaman peminat peniaga produk daripada plaintif bagi menghalang mereka
terus menjual produk Butik Mama.
No comments:
Post a Comment