Friday, 24 January 2014

ISU HAK CIPTA

Definisi

        Hakcipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987.

Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran hakcipta. Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi syaratsyarat berikut:

i) Usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli;
ii) karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk bahan;
iii) penciptanya adalah orang yang berkelayakan
iv) karya tersebut  telah dibuat di Malaysia atau penerbitan pertama karya adalah  di     Malaysia.


Karya yang Layak Mendapat Perlindungan Hakcipta

Karya-karya yang layak mendapat perlindungan hakcipta ialah :
i) karya sastera;
ii) karya muzik;
iii) karya seni;
iv) filem;
v) rakaman bunyi;
vi) siaran; dan
vii) karya terbitan.

 Karya-karya di atas adalah dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan karya-karya itu dihasilkan. Walaupun begitu peruntukan berkenaan keaslian mestilah ditepati.





No comments: