Wednesday, 29 January 2014

KES 3 : PEMILIK HAKCIPTA BERTINDAK BALAS TERHADAP LANUN INTERNET

ISU YANG MEMBABITKAN PLAGIAT 

Satu perjanjian yang membabitkan Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) menjanjikan satu penyelesaian utama untuk menyelesaikan masalah pelanggaran hakcipta yang meluas atau lanun Internet merentasi sempadan, kata seorang peguam terkenal berpangkalan di UK yang banyak mengendalikan kes mengenai lanun Internet.

          Oliver Weingarten, yang merupakan peguamcara Liga Perdana Inggeris (EPL), berkata perbuatan menciplak acara sukan atau pelanggaran hakcipta industri lain, kebanyakannya industri wayang gambar dan muzik di 
Internet, kini menghantui ramai pemilik hakcipta sejak banyak tahun kebelakangan ini.

          Pemilik hakcipta itu, bersama-sama dengan rakan penyiar masing-masing tidak dapat mengawal bila dan bagaimana kandungan milik mereka dipertontonkan dan khususnya, mengenai pendapatan dan bayaran lain yang boleh diperolehi bersama-sama dengan lesen dan keeksklusifan penyiaran perlawanan sukan atau video dan audio muzik.

          Sebagai contoh, kandungan berkenaan dipertontonkan melalui video online kepada penonton global melalui laman web yang sangat popular, "YouTube", menggunakan enjin carian yang digunakan dengan meluas seperti, Google.

          Dengan marah, para pemilik hakcipta merasakan perkara ini telah berlaku terlalu lama apabila orang lain mendapat untung hasil kerja mengeluarkan kandungan berkenaan.

Sambil merasakan apa yang berlaku sudah cukup keterlaluan, ada pihak yang telah membawa perkara itu ke mahkamah dan sesetengahnya kepada pertumbuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO).

          Weingarten memberi contoh bagaimana Liga Perdana Inggeris membawa kesnya ke mahkamah.

          Pada 2007, ia mengambil inisiatif undang-undang terhadap Google di sebuah mahkamah New York, dengan dakwaan "eksploitasi haram klip Liga Perdana di laman wen YouTube" yang kini merupakan tapak kandungan yang dijana pengguna terbesar di dunia.

          "Klip perlawanan kami digunakan di dalam enjin carian itu dan masih digunakan pada YouTube dan ini mewujudkan banyak masalah. malah ada klip digunakan sebelum kami dapat pertontonkannya, yang dengan jelasnya tidak boleh diterima, kata Weingarten kepada Bernama di dalam satu temubual baru-baru ini.

           Pada November tahun lepas, Liga Perdana mengemukakan satu aduan yang dipinda berkaitan kes itu, dengan memberikan bukti baru pelanggaran hak cipta perlawanannya bagi menyokong kesnya menentang Google, termasuk bukti pengambilan kandungan dan dimasukkan semula ke tapak Youtube.

          Weingarten berkata, bagi tempoh dua tahun lepas, EPL telah meminta dikeluarkan lebih daripada 16,000 klip haram perlawanan bolasepak mereka di laman web.

          Bagaimana pun, beliau menekankan bahawa sambil industri rakaman kemungkinan di masa lepas menyasarkan pengguna akhir di dalam tindakan mereka terhadap perbuatan memuat turun haram muzik atau wayang gambar, EPL kini hanya menyasarkan pembekal dan bukan pengguna akhir.

          Mengenai sama ada EPL berhadapan kegagalan berkaitan Internet dan teknologi yang kian berkembang yang diguna pakai oleh pengguna, Weingartern berkata: "Laman web cuba "bermain di sekitar kami" dan secara komersil mengeksploit dan mendapat keuntungan dari perlawanan milik kami tanpa kebenaran. Ini merupakan u serangan terhadap keupayaan kami untuk menguruskan kandungan program kami sendiri.

          "Tetapi, kami menyediakan pelbagai sumber bagi menangani masalah itu dengan bekerjasama dengan industri kreatif, di dalam mendidik pengguna dan mengambil tindakan undang-undang serta bekerjasama dengan institusi seperti WIPO. Kami memerlukan kerjasama yang lebih meluas dari ISP yang sepatutnya mengiktiraf prinsip harta intelek.

          Tidak seperti industri muzik, katanya pertubuhan sukan mempunyai lebih banyak tanggung jawab.

          "Secara tradisinya, kami mendapati perbuatan lanun sukan tidak mendapat perhatian ahli politik di segi pencurian dan pelanunan hakcipta tetapi semakin ramai menyedari mengenai masalah yang dihadapi."

          Katanya satu laporan mengenai perbuatan lanun Internet membabitkan 27 pertubuhan sukan di seluruh dunia telah dikemukakan.


No comments: