KES KL GANGSTER 2
Pada akhir bulan Ogos 2013 yang lalu , Malaysia telah digemparkan dalam media massa , televisyen dan radio yang mengatakan Filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof telah dimuatnaik dalam internet sebelum ditayangkan kepada penonton di pawagam pada bulan Oktober 2013 .
Kejadian ini telah menyebabkan banyak pihak-pihak terutama sekali pengarahnya yang berduka cita dan kecewa dengan sikap individu yang telah memuatnaik kan filem itu sebelum tayangan dilakukan .
"Kejadian ini merupakan satu pengkhianatan, rompakan dan sabotaj bagi kami (Skop Production)," tegas Datuk Yusof Haslam , ayah kepada Syamsul Yusof berhubung filem terbitannya, KL Gangster 2 yang kini bocor di internet . Hal ini telah menyebabkan mereka telah membuat laporan polis atas plagiat yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini . Selain laporan polis , beliau turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menangani masalah tersebut .
Menurut Yusof, anaknya Syamsul juga sangat kecewa dan terkejut kerana hasil titik peluhnya selama ini hancur begitu sahaja. Sementelah lagi filem yang menelan belanja RM4.5 juta itu mengambil masa yang lama untuk disiapkan sepenuhnya.
Meskipun ada desas-desus mengatakan 'kebocoran' filem itu didalangi oleh 'orang dalam', Yusof bagaimanapun menafikan dakwaan itu.
Beliau berkata, video yang tersebar itu serupa seperti yang ditayangkan waktu itu dan dia tidak menolak kemungkinan bahawa individu yang sama terlibat.
Menurutnya, filem yang berbentuk digital format itu senang untuk disalin dan dimuat naik terus ke internet untuk tontonan secara percuma.
"Sekarang dunia siber, petik saja jari kita boleh mendapat apa sahaja. Saya harap perkara ini dapat dijadikan iktibar untuk semua penggiat seni.
"Jangan mempercayai orang lain 100 peratus kerana mungkin ia akan memakan diri," katanya.
No comments:
Post a Comment