Thursday, 30 January 2014

KES 5 : SYARIKAT FAREEDA DI SAMAN HAK CIPTA

FAREEDA KENA SAMAN 1 JUTA

Pengusaha sebuah butik pakaian wanita di Bangi, dekat sini, memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menuntut ganti rugi RM1 juta daripada seorang lagi pemilik butik kerana mendakwa perniagaannya difitnah defendan. 

Nor Ainna Ibrahim dan suaminya, Azman Salleh, yang mengusahakan Butik Mama di Bandar Baru Bangi, melalui Syarikat Mama Secret Industry milik mereka, memfailkan tuntutan itu terhadap pemilik sebuah lagi butik, Faridah Zakaria, yang juga beroperasi di Bandar Baru Bangi kerana defendan dikatakan menuduh dan memfitnah plaintif menerusi laman sosial, Facebook, dengan mendakwanya menjual produk tudung ditiru daripada defendan.Tuntutan itu difailkan melalui firma guaman, Tetuan Adnan Sharida & Associates pada jam 11 pagi semalam.

Mengikut notis berkenaan, defendan membuat satu halaman peminat di Facebook bertujuan memasarkan produk keluarannya. 

Pada 9 Ogos 2011, plaintif menerima e-mel daripada defendan dan menuduhnya menjual produk tudung ditiru daripada defendan dan meminta plaintif menghentikan penjualan produk itu. 

Plaintif pada hari sama membalas e-mel itu dan mengatakan produk didakwa itu bukan ditiru kerana kedua-duanya berbeza. 

Plaintif mendakwa, defendan secara tidak benar dan berniat jahat memaparkan status membabitkan plaintif yang tidak benar dan berunsur fitnah dalam halaman peminat defendan. 

Terkilan dengan tindakan defendan, plaintif menghantar emel kepada defendan, memintanya memadam semula dan menghentikan usaha menyebarkan fitnah berkenaan tetapi tidak mendapat maklum balas. 

Plaintif juga mendakwa menerima laporan dan aduan peniaga produk Butik Mama yang memaklumkan mereka diugut defendan menggunakan pelbagai medium termasuk e-mel, SMS dan di halaman peminat peniaga produk daripada plaintif bagi menghalang mereka terus menjual produk Butik Mama.

Wednesday, 29 January 2014

KES 4 : SAMSUNG DIARAHKAN MEMBAYAR GANTI RUGI RM936 JUTA KEPADA APPLE

APPLE SAMAN SAMSUNG !

Persaingan antara Apple dan Samsung tidak terhad kepada persaingan di pasaran telefon pintar sahaja malah turut berlaku di Mahkamah dan ‘episod’ terbaru adalah, Samsung telah diarahkan membayar sebanyak $290 juta ( sekitar RM 936 juta) kepada Apple kerana melanggar hak cipta syarikat Cupertino itu.

Seperti yang kita sedia maklum, sebelum ini satu makhamah telah membuat keputusan bahawa Samsung telah didapati bersalah melanggar hak cipta Apple dan hakim tersebut mengarahkan Samsung membayar ganti rugi sebanyak $ 1 bilion yang kemudianya di kurangkan ke $599 juta. Kini, satu lagi hakim telah membuat keputusan bahawa Samsung telah sekali lagi mencabuli hak cipta Apple  dan mengarahkan syarikat Korea ini membayar ganti rugi sebanyak $290 juta atau secara tepatnya $290,456,793.

Selain itu, bagi kes ini, Apple telah memfailkan saman sebanyak $380 juta namun mahkamah tidak bersetuju dan memutuskan $290 juta sebagai jumlah saman yang tepat. Jika digabungkan dengan jumlah ganti rugi awal iaitu $599 juta, Samsung perlu membayar gantirugi sebanyak $890 juta kepada Apple.

Walaubagaimanapun, Samsung pasti akan membuat rayuan untuk mengurangkan lagi jumlah ganti rugi yang perlu dibayar balik.



KES 3 : PEMILIK HAKCIPTA BERTINDAK BALAS TERHADAP LANUN INTERNET

ISU YANG MEMBABITKAN PLAGIAT 

Satu perjanjian yang membabitkan Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) menjanjikan satu penyelesaian utama untuk menyelesaikan masalah pelanggaran hakcipta yang meluas atau lanun Internet merentasi sempadan, kata seorang peguam terkenal berpangkalan di UK yang banyak mengendalikan kes mengenai lanun Internet.

          Oliver Weingarten, yang merupakan peguamcara Liga Perdana Inggeris (EPL), berkata perbuatan menciplak acara sukan atau pelanggaran hakcipta industri lain, kebanyakannya industri wayang gambar dan muzik di 
Internet, kini menghantui ramai pemilik hakcipta sejak banyak tahun kebelakangan ini.

          Pemilik hakcipta itu, bersama-sama dengan rakan penyiar masing-masing tidak dapat mengawal bila dan bagaimana kandungan milik mereka dipertontonkan dan khususnya, mengenai pendapatan dan bayaran lain yang boleh diperolehi bersama-sama dengan lesen dan keeksklusifan penyiaran perlawanan sukan atau video dan audio muzik.

          Sebagai contoh, kandungan berkenaan dipertontonkan melalui video online kepada penonton global melalui laman web yang sangat popular, "YouTube", menggunakan enjin carian yang digunakan dengan meluas seperti, Google.

          Dengan marah, para pemilik hakcipta merasakan perkara ini telah berlaku terlalu lama apabila orang lain mendapat untung hasil kerja mengeluarkan kandungan berkenaan.

Sambil merasakan apa yang berlaku sudah cukup keterlaluan, ada pihak yang telah membawa perkara itu ke mahkamah dan sesetengahnya kepada pertumbuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO).

          Weingarten memberi contoh bagaimana Liga Perdana Inggeris membawa kesnya ke mahkamah.

          Pada 2007, ia mengambil inisiatif undang-undang terhadap Google di sebuah mahkamah New York, dengan dakwaan "eksploitasi haram klip Liga Perdana di laman wen YouTube" yang kini merupakan tapak kandungan yang dijana pengguna terbesar di dunia.

          "Klip perlawanan kami digunakan di dalam enjin carian itu dan masih digunakan pada YouTube dan ini mewujudkan banyak masalah. malah ada klip digunakan sebelum kami dapat pertontonkannya, yang dengan jelasnya tidak boleh diterima, kata Weingarten kepada Bernama di dalam satu temubual baru-baru ini.

           Pada November tahun lepas, Liga Perdana mengemukakan satu aduan yang dipinda berkaitan kes itu, dengan memberikan bukti baru pelanggaran hak cipta perlawanannya bagi menyokong kesnya menentang Google, termasuk bukti pengambilan kandungan dan dimasukkan semula ke tapak Youtube.

          Weingarten berkata, bagi tempoh dua tahun lepas, EPL telah meminta dikeluarkan lebih daripada 16,000 klip haram perlawanan bolasepak mereka di laman web.

          Bagaimana pun, beliau menekankan bahawa sambil industri rakaman kemungkinan di masa lepas menyasarkan pengguna akhir di dalam tindakan mereka terhadap perbuatan memuat turun haram muzik atau wayang gambar, EPL kini hanya menyasarkan pembekal dan bukan pengguna akhir.

          Mengenai sama ada EPL berhadapan kegagalan berkaitan Internet dan teknologi yang kian berkembang yang diguna pakai oleh pengguna, Weingartern berkata: "Laman web cuba "bermain di sekitar kami" dan secara komersil mengeksploit dan mendapat keuntungan dari perlawanan milik kami tanpa kebenaran. Ini merupakan u serangan terhadap keupayaan kami untuk menguruskan kandungan program kami sendiri.

          "Tetapi, kami menyediakan pelbagai sumber bagi menangani masalah itu dengan bekerjasama dengan industri kreatif, di dalam mendidik pengguna dan mengambil tindakan undang-undang serta bekerjasama dengan institusi seperti WIPO. Kami memerlukan kerjasama yang lebih meluas dari ISP yang sepatutnya mengiktiraf prinsip harta intelek.

          Tidak seperti industri muzik, katanya pertubuhan sukan mempunyai lebih banyak tanggung jawab.

          "Secara tradisinya, kami mendapati perbuatan lanun sukan tidak mendapat perhatian ahli politik di segi pencurian dan pelanunan hakcipta tetapi semakin ramai menyedari mengenai masalah yang dihadapi."

          Katanya satu laporan mengenai perbuatan lanun Internet membabitkan 27 pertubuhan sukan di seluruh dunia telah dikemukakan.


KES 2 : ISU MENCIPLAK RAKAMAN BUNYI

KES YANG MELIBATKAN MEMPLAGIAT RAKAMAN BUNYI

          Pada 13 Ogos 2009 , gempar di Mahkamah Syeksen di Melaka yang berkaitan dengan seorang individu yang memplagiat rakaman bunyi yang dikatakan memiliki 8 salinan langgaran karya rakaman bunyi bukan untuk kegunaan persendirian dimana 2 salinannya dituntut oleh Universal Music SDN BHD dan 6 lagi dituntut oleh Sony Music Entertainment SDN BHD .

          Oleh yang demikian individu tersebut telah ditahan dan dibacarakan di mahkamah tersebut . Individu tersebut telah diminta untuk dibacarakan dan di akhir perbicaraan kes pendakwaan , individu yang dituduh itu telah dipanggil untuk membela diri selepas mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap individu tertuduh tersebut .

Lagu-lagu yang diciplak oleh individu tersebut ialah :

1) Smack That                                          (Akon ft Eminem)
2) Unfaithful                                            (Rihana)
3) Girl Friend                                           (Avril Lavigne)
4) Beat It                                                 (Micheal Jackson)
5) Billy Jean                                             (Micheal Jackson)
6) Sexy Back                                            (Justin Timberlake)
7) Because Of You                                    (Kelly Clarkson)
8) Take You There                                    (Sean Kingston)




KES 1 : KL GANGSTER 2 BOCOR AWAL DI INTERNET !!

KES KL GANGSTER 2 

          Pada akhir bulan Ogos 2013 yang lalu , Malaysia telah digemparkan dalam media massa , televisyen dan radio yang mengatakan Filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof telah dimuatnaik dalam internet sebelum ditayangkan kepada penonton di pawagam pada bulan Oktober 2013 . 

          Kejadian ini telah menyebabkan banyak pihak-pihak terutama sekali pengarahnya yang berduka cita dan kecewa dengan sikap individu yang telah memuatnaik kan filem itu sebelum tayangan dilakukan .

         "Kejadian ini merupakan satu pengkhianatan, rompakan dan sabotaj bagi kami (Skop Production)," tegas Datuk Yusof Haslam , ayah kepada Syamsul Yusof berhubung filem terbitannya, KL Gangster 2 yang kini bocor di internet . Hal ini telah menyebabkan mereka telah membuat laporan polis atas plagiat yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini . Selain laporan polis , beliau turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menangani masalah tersebut .

          Menurut Yusof, anaknya Syamsul juga sangat kecewa dan terkejut kerana hasil titik peluhnya selama ini hancur begitu sahaja. Sementelah lagi filem yang menelan belanja RM4.5 juta itu mengambil masa yang lama untuk disiapkan sepenuhnya.

     Meskipun ada desas-desus mengatakan 'kebocoran' filem itu didalangi oleh 'orang dalam', Yusof bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

        "Hanya orang tertentu sahaja menyimpan CD asal filem ini. Saya syak bahawa ia bermula ketika kami melakukan pra-tayangan di sebuah pawagam dan ketika itu saya turut hadir dalam majlis itu," katanya.
         

          Beliau berkata, video yang tersebar itu serupa seperti yang ditayangkan waktu itu dan dia tidak menolak kemungkinan bahawa individu yang sama terlibat.

         Menurutnya, filem yang berbentuk digital format itu senang untuk disalin dan dimuat naik terus ke internet untuk tontonan secara percuma.

       "Sekarang dunia siber, petik saja jari kita boleh mendapat apa sahaja. Saya harap perkara ini dapat dijadikan iktibar untuk semua penggiat seni.

        "Jangan mempercayai orang lain 100 peratus kerana mungkin ia akan memakan diri," katanya.

Friday, 24 January 2014

ISU HAK CIPTA

Definisi

        Hakcipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987.

Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran hakcipta. Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi syaratsyarat berikut:

i) Usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli;
ii) karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk bahan;
iii) penciptanya adalah orang yang berkelayakan
iv) karya tersebut  telah dibuat di Malaysia atau penerbitan pertama karya adalah  di     Malaysia.


Karya yang Layak Mendapat Perlindungan Hakcipta

Karya-karya yang layak mendapat perlindungan hakcipta ialah :
i) karya sastera;
ii) karya muzik;
iii) karya seni;
iv) filem;
v) rakaman bunyi;
vi) siaran; dan
vii) karya terbitan.

 Karya-karya di atas adalah dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan karya-karya itu dihasilkan. Walaupun begitu peruntukan berkenaan keaslian mestilah ditepati.